top of page

AGAMA KRISTIAN

 

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalamPerjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: יהושע,Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.
 

Jesus Christ (ketua agama Kristian)

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, sepertiAnglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Jesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal(sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

 

Sebelum kedatangan agama Kristian, masyarakat Eropah adalah pagan, iaitu masyarakatnya tidak mempercayai atau menganuti sebarang agama utama dunia. Kemudian, Constantine telah mengiktiraj agama Kristian sebagai salah satu ajaran dan agama yang bebas. Seterusnya, masyarakat pun juga menerima agama Kristian dan Eropah telah menjadi sebuah empayar Kristian yang agung.

 BY :NUR IZZAH FARZANA

bottom of page