top of page

 AGAMA ISLAM

 

 

Kaabah

Agama ini adalah diwahyu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 6 Ogos tahun 610 M. melalui malaikat Jibril di Gua Hira. Dalam proses penyebaran Islam, telah berlaku beberapa pertentangan daripada orang Quraisy Makkah. Baginda menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah untuk melindungi Islam daripada terus ditekan pada 12 September, 622 M.   

Terdapat dua teras dalam agama Islam, iaitu akidah dan syariah. Akidah ialah keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam. Orang Islam juga wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam.

 

Islam (Bahasa Arab: الإسلام; al-'islām (bantuan·maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalamAllah (Bahasa Arab: الله‎, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islambermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s.,Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristianmemutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.Amalan keagamaan Islam termasuklahRukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة,syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanandan perbankan kepada jihad dan zakat.
Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika danTimur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 25% diAsia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia
 

al-Quran

 

Kandungan Rukun Iman

-kepercayaan kepada Allah s.w.t.-percaya  
 kepada malaikat 

-percaya kepada kitab-kitab

-percaya pada para nabi dan rasul

-percaya pada hari kiamat

-percaya kepada qadha dan qadar

Kandungan Rukun Islam
-pengakuan ‘tiada Tuhan yang disembah  
 melainkan Allah dan nabi Muhammad itu  
 pesuruh Allah’
-menunaikan solat lima waktu sehari semalam
-wajib berzakat
-berpuasa pada bulan Ramadhan
-menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu

 by  nur izzah arzana

 

bottom of page