top of page

WUJUDNYA PELBAGAI AGAMA :

 

Agama ialah suatu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang. Agama merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.Justeru, agama dan ajaran telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan manusia. Agama dan ajaran tersebut telah pun lahir dalam tamadun awal dunia.
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dankepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

  • Perlakuan
    seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.

  • Sikap
    seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.

  • Pernyataan
    seperti jambi,mantera dan kalimat suci.

  • Benda-benda material
    yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

TONTON VIDEO

DR. ZAKIR NAIK MENGENAI SOAL JAWAB KEMUSYKILAN AGAMA

bottom of page