top of page

AGAMA HINDU

 

Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenalpasti pengasas-pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.


Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme. Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.


Perkataan Hindu pada mulanya adalah merujuk kepada masyarakat yang tinggal di Sungai Sinddhu (Indus). Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi utama, iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva). Agama ini mempunyai enam aliran iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram serta Saura.

Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting serta memaparkan dominasi golongan Brahmin. Meskipun demikian, agama ini kerap mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka.Penganut agama Hindujuga mempercayai Hukum Karma yang tersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap itu akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan dilahirkan lagi ke dalam dunia ini. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu berbuat baik semasa hidupnya agar seseorang itu dapat mencapai Moksya.

bottom of page